TVET MAIPk: Laluan Pantas Asnaf ke Industri Minyak & Gas
IPOH, 18 Mei 2025 β Majlis Agama Islam dan βAdat Melayu Perak (MAIPk) hari ini mengadakan Majlis Pelepasan Peserta Latihan Kemahiran Asnaf melibatkan 60 peserta dalam bidang minyak dan gas. Para peserta akan mengikuti tiga kursus berbeza iaitu ππππ πΉππ‘π‘πππ, π΅πππ π‘πππ & πππππ‘πππ, π πππ‘π π
πππππ & πππππππππππ di SRC Global Sdn. Bhd., Kemaman, Terengganu.
Program yang dinamakan βSesi Inspirasiβ ini dianjurkan bagi menyuntik semangat serta menghargai para peserta sebelum mereka melapor diri di pusat latihan. Majlis dimulakan dengan taklimat kursus oleh penyedia latihan, disusuli sesi motivasi yang disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf MAIPk, Amirudin bin Osman.
Program πππππ & πππππ di bawah Latihan Kemahiran Asnaf adalah salah satu usaha MAIPk untuk terus memperkasa belia asnaf di negeri Perak. Peserta akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir seterusnya profesional teknikal dalam bidang ππππ πΉππ‘π‘πππ, π΅πππ π‘πππ & πππππ‘πππ, π πππ‘π π
πππππ & πππππππππππ .
Bagi tahun 2025, MAIPk menyasarkan 1,000 peserta menyertai latihan kemahiran pelbagai bidang di bawah Program Latihan Kemahiran. Diharapkan usaha ini terus melahirkan tenaga mahir berdaya saing daripada golongan asnaf, seterusnya memperkukuh sosioekonomi komuniti.







