• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News

ZAKAT

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.
(Surah al-Bayyinah 98: 5)

Sedikit daripada anda, besar ertinya buat mereka.

Salurkan zakat harta dan wakaf tunai anda melalui Zakat Perak Al Ridzuan bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
 

 
 

PERKEMBANGAN TERKINI PROJEK WAKAF DOBl LAYAN DIRI DI MASJID MUHIBBUDDIN SHAH

Projek Wakaf Dobi Layan Diri di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh kini mencapai 40% kemajuan. Kerja-kerja pembinaan tapak konkrit setebal 6 inci bagi pemasangan mesin serta kerja pemasangan petak pembahagi menggunakan papan simen sedang dijalankan mengikut jadual bermula 27 November hingga 11 Disember 2025.

Kemudahan Dobi Layan Diri Wakaf ini bakal memudahkan jemaah, pelajar serta masyarakat sekitar.

𝐉𝐨𝐦 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐢𝐧𝐢!

Setiap wakaf yang disumbangkan bukan sekadar sebuah kemudahan, tetapi menjadi sumber pahala yang terus mengalir tanpa henti.

Imbas kod QR untuk berwakaf sekarang.

Moh kome kita berwakaf!


PROGRAM PENDIDIKAN KOMUNITI ORANG ASLI ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk) BERSAMA FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Program Pendidikan Komuniti Orang Asli siri kedua anjuran bersama MAIPk dan UKM telah berlangsung dengan jayanya di OAOSC (Orang Asli One Stop Center), Kg. Lasah, Sungai Siput. Penganjuran ini turut disertai oleh Tuan Haji Zulkifli bin Ahmad, Ahli MAJLIS merangkap Mantan Pengetua Sekolah Orang Asli Nurul Hidayah, Kg. Kenang, bersama Yang Beradat Tok-Tok Batin Orang Asli serta pelajar-pelajar Orang Asli dari SMK Baong dan SMAR Nuru Hidayah, Jalong Tinggi.

Pelaksanaan program diadakan mengikut sesi berasingan yang dikendalikan oleh PM Dr. Izwan dari Fakulti Pendidikan UKM dengan bantuan pelajar-pelajar sarjana Kursus Bimbingan dan Kaunseling. Keseluruhan program ini dibiayai sepenuhnya oleh MAIPk sebagai komitmen berterusan dalam memperkasa potensi anak-anak Orang Asli di Negeri Perak.

MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UKM atas kerjasama strategik ini. Penghargaan turut disampaikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dan JAKOA Kuala Kangsar atas sokongan padu yang memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.




BANTUAN PERUBATAN BANTU RINGANKAN BEBAN

MAIPk Cawangan Kuala Kangsar menyalurkan Skim Bantuan Perubatan kepada seorang pesakit kanser prostat yang bergelut dengan masalah ketidakupayaan mengawal pembuangan serta memerlukan lampin pakai buang setiap hari. Beban kewangan keluarga turut bertambah kerana dalam masa sama menjaga anak dewasa OKU.

Bantuan bernilai RM2,880.00 bagi tempoh enam bulan ini diharapkan dapat memberi kelegaan dan mengurangkan tekanan hidup keluarga terbabit.



MAIPk PARIT BUNTAR HULUR BANTUAN SEGERA KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Parit Buntar telah menyalurkan sumbangan segera kepada mangsa kebakaran di Kampung Haji Taib, Kuala Kurau bagi membantu keperluan awal serta meringankan beban keluarga yang terjejas. Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengurus Cawangan MAIPk Parit Buntar, Muhammad Isyraf Danial bin Mazlan.

MAIPk komited memastikan kebajikan asnaf dan masyarakat sentiasa diberi perhatian, khususnya ketika berlakunya musibah yang tidak diduga.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.